NIBONG TEBAL: Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memohon bantuan orang ramai atau saksi untuk tampil membantu siasatan bagi satu kes kemalangan maut di kilometer 167.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bandar Baharu, di sini pada 7 April lepas.
Ketua Polis Daerah Supt Chong Boo Khim berkata kejadian dimaklumkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) kira-kira 8.50 pagi, melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.
"Kemalangan telah menyebabkan pemandu kereta, seorang lelaki berusia 35 tahun dari Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan kenderaan yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, Chong berkata berkemungkinan kereta dipandu mangsa itu yang melanggar kenderaan satu lagi tetapi sehingga kini tiada laporan dibuat oleh pemandu kenderaan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian supaya tampil menghubungi BSPT SPS di talian 04-5858340 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta supaya tampil menghubungi BSPT SPS di talian 04-5858340 bagi membantu siasatan.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
12 samseng jalanan Taiping ditahan polis
Seramai 12 lelaki ditahan dan 57 buah motosikal disita dalam operasi bersepadu samseng jalanan di Jalan Ipoh-Butterworth, dekat batu 5, Changkat Jering di sini pada awal pagi Ahad.
[TERKINI] Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan
Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan pada Ahad.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri, pada Ahad.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.